Monday, 23 December 2013
kredit to my younger brother.. terbuka diary nya kat laptop..so,i think this story very2 menyentuh hatiku..:-)
Assalammualaikum Warahmatullahhirobarokatuh…
Di sini aku ingin meluahkan
perasaan aku yang terpendam dengan penuh dugaan yang aku hadapi selama ini.,
Pada mulanya, Aku hanya menyusahkan
orang tuaku selama ini dia yang menghantarku kemana-mana saja.. Sejak di
sekolah tadika dan sampailah sekolah menengah sehingga aku merentasi ke jalan
seterusnya lagi.. Tapi di saat itu aku sudah masuk kolej kerana orang tuaku yang bersusah payah
masukkan aku ke tempat belajar itu.. Selepas itu, aku belajar dan terus belajar.
Dan sampai masa tu aku banyak bermain dengan kawan-kawanku dan kurang berfikir
tentang pelajaran.. Oleh itu, bila dekat nak final exam aku kurang masa nak
belajar dan selepas exam aku mendapat di gred yang bawah dan dapat markah
rendah..
Dan selepas beberapa bulan aku
belajar dekat situ tibalah final exam lagi., oleh itu, aku berusaha untuk menjawab kertas soalan
itu hingga habis exam.. Tapi bila result sudah sampai aku gagal lagi, hanya itu
saja yang aku mampu buat.. Aku hanya jadi pemalas.. Tiba-tiba pihak kolej
memanggil aku dan kawanku yang gagal dalam peperiksaan itu.. Aku sungguh sedih
setelah mendengar kata- kata yang paling aku tidak diingini yang aku ni kena buang dari situ, tapi surat masih
belum sampai lagi yang aku ini kena buang atau tidak.,sudah beribu-ribu aku
menghabiskan duit mak ayah aku untuk belajar dekat sini.. sampai macam tu sekali, Kejam sekali buat aku
macam tu..macam aku ni dihina,hina sangat ke aku ni sampai terajang aku keluar
dari situ.. Aku tahu itu bukan tempat
yang sesuai untuk aku belajar..
Aku hanya manusia biasa yang tak
lepas melakukan kesilapan.. Tiba saat itu aku dalam kesedihan dan memberitahu dekat mak
ayahku yang aku ni kena buang dari kolej.. Aku berasa sedih dan kecewa sangat-sangat
yang aku ni kena buang.. Tapi aku
rindukan kawan-kawan aku dekat sana, mereka
juga tak mahu melepaskan aku pergi dari situ, sudah setahun setengah aku
tinggal di sana.. Dah banyak kali aku
berusaha, tapi apakan daya aku tidak mampu juga.. Dan aku terus meningalkan
tempat itu, dan ingin sambung belajar di tempat lain pula yang lebih bagus dari tempat itu.. Setelah
sekian lamaku ingin mencapaikan impian selama ini, namun aku tiada harapan lagi
untuk meneruskannya..
Selepas aku keluar dari tempat itu, harapan aku untuk
meneruskan pelajaran aku telah datang pada diri aku kembali.. Aku sudah mula
berhijrah di kolej baru iaitu Ranaco
education Training & institute
(RETI). Ini semua berkat doa yang aku inginkan selama ini. Aku telah mendapat
kos Diploma in Marine Cargo Surveying.
Oleh itu,aku juga telah dapat kawan baru dan semuanya sporting-sporting belaka.
.
Tapi aku masih berusaha untuk Berjaya
walaupun banyak dugaan yang aku tempuhi selama ini dan aku mahu semua orang gembira termasuk mak
& ayah aku dan juga aku berjanji aku akan belajar dengan bersungguh-sungguh..
Dan selepas itu, Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi.. Dan kalau ada
peluang aku ingin mendapatkan hadiah yang paling berharga.. Dan juga akanku berdoa, kerana ALLAH sentiasa mendengar…
Bab kata pepatah “Susah daluhu, senang kemudian dan
“If you think you cant,you cant do it!”
PEACE YOOO!!!
Pepatah
Mengatakan:“Akal itu umpama air,Jangan biar ia kering” …“Impian itu umpama debu,Jangan biar ia hilang”…
So 2 my adeq: I hope u’ll get what you want in ur life n all de best 4
ur future!:-)
Subscribe to:
Posts (Atom)