LAMAN NURANI




Belajarlah memaafkan kalau ingin dimaafkan ,
Belajarlah menghormati kalau ingin di hormati ,
Belajarlah memahami kalau ingin di fahami ,
Belajarlah menyayangi kalau ingin di sayangi ,
Belajarlah menyenangi kalau ingin di senangi..





                                         Syurga olehNYA...

Bila kita dalam tekanan (stress),kita mencari lagu yang sesuai dan kena dengan jiwa (kononnya) untuk didengar,bukan dicari alunan ayat-ayat Al-Quran.

Bila kita dalam kesedihan,kita cari teman untuk berkongsi ratap tangis,bukan dikongsi dengan Tuhan.

Bila kita marah,kita sering menjerit,meninggikan suara;menggunakan kata-kata kesat dan nista dalam melahirkan rasa tidak puas hati,bukan kita diam,berwudhu’ dan solat sunat 2 rakaat.


Bila kita rasa tertipu dengan seseorang,kita berdendam dan mahu membalas setimpal atau lebih teruk,bukan kita bersabar dan mendoakan biar Allah bukakan hatinya untuk sedar dari kesalahannya.



Bila kita tidak menyukai seseorang,kita cuba mencari kesalahannya dan memfitnah/ber’gossip’,bukan kita cuba mengenalinya dengan lebih dekat untuk tahu masalah dan dirinya yang sebenar kerana Allah.



Bila kita rasa kurang bermotivasi dan perlukan inspirasi,kita lihat pada ‘orang-orang kaya dan ternama’ di dunia dan bukan pada mereka yang sudah dijanjikan Syurga olehNYA.



Persoalannya,mengapa kita cari kegembiraan,ketenangan dan kedamaian jiwa pada ‘tempat-tempat’ yang salah dan yang tidak sepatutnya?



Tidakkah kita tahu perilaku lazim kita ini tidak mampu membawa kita ke mana-mana malah merumitkan masalah jiwa kita yang sering meronta-ronta mencari hala tujunya yang nyata?



Astaghfirullah al a’dzim..



Kawan-kawanku,



Jujurnya,aku kira ini semua berbalik pada kualiti hubungan kita dengan Pencipta.Maka SOLAT adalah medium perantara kita denganNya.Jika baik hubungan kita dengan DIA,maka yang lain mesti 'cantik' belaka..



Fahamilah maksud bacaan dalam solat kerana jika tidak,solat kita adalah sekadar aktiviti fizikal tanpa kesatuan fikiran dan hati.Ruh solat kita mati tanpa berserta hati kerana solat yang berkualiti dan mampu menjadi pendinding diri terdiri dari gabungan 3 elemen utama ini:



*Qauli (Lidah-Bacaan)

*Qalbi (HATI)

*Fikli (Perbuatan)



Jika salah satu tiada,kamu dan aku tahu jawapannya;Solat kita akan jadi solat picisan yang tidak mampu menjadi perisai pada tentangan hebat ujian dunia.Nauzubillah..



Cukup aku gariskan di sini maksud bacaan ketika duduk di antara dua sujud sebagai penutup.



Rabbighfirli 

(TUHANku,ampuni aku..)



Warhamni 

(Sayangi aku..)



Wajburnii 

(Tutuplah keaiban-keaibanku..)



Warfa'nii 

(Angkatlah darjatku..)



Warzuqnii

(Beri aku rezeki..)



Wahdinii 

(Berilah aku petunjuk..)



Wa 'afinii 

(Sihatkan aku..)



Wa 'fuannii 

(Ampuni aku..)



Kini bila kau tahu maksudnya,adakah kau rasa 'rasa itu'?

Ya.Aku tahu.Itu juga yang aku rasa.





Sama-sama kita baiki diri dalam tempoh nyawa yang bersisa.



Salam ukhwahfillah!





DOA...

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110






KERJAYA

Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. Dalam dunia bergelar siswa dan siswi, PNGK 4.0 menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan.
Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.
Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta. Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperolehi hasil titik peluh dan penat jerih dalam masa-masa tertentu. Kecenderungan kepada nilai material dan angka yang besar menjadi kayu ukur untuk berjaya. Markah yang tinggi, anak yang ramai dan harta yang banyak.
Namun hakikiat Kejayaan itu bersifat subjektif. Membawa pengertian yang sangat besar. Allah SWT Maha Adil. Setiap manusia dijadikan dengan fungsi untuk mencapai kejayaan tersendiri. Dalam bidang yang berlainan dan pelbagai. Tiada yang sia-sia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:-

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (surah al-Mukminun: Ayat 115)
Tiada manusia yang lahir tanpa makna. Tiada manusia lahir sia-sia. Biarpun seorang tukang sapu. Betapa bermaknanya mereka. Jika mereka tiada, seluruh tempat akan menjadi kotor. Maka tukang sapu telah berjaya menjadikan banyak tempat bersih. Itulah kajayaannya. Tahniah kepada tukang sapu. Semuanya punya fungsi untuk mencapai objektif masing-masing.

Kejayan Menurut Al-Quran
Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, kejayaan yang baru juga bakal muncul. Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui sepertimana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11:
1) Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2) (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
3) dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4) dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5) dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6) terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
7) Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
8) Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9) dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10) Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11) (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.


Jelas dalam ayat ini menerangkan hakikat sebenar kejayaan. Iaitu mereka yang akan mewarisi syurga Allah dan kekal di dalamnya. Kerana dunia hanya akan kita rasakan umpama satu kerdipan mata ketika di padang mahsyar kelak. Maka ramailah yang akan tahu betapa mereka telah tertipu dengan kejayaan yang mereka kejar semasa di dunia.
Sememangnya beruntunglah mereka yang mengutamakankan urusan akhirat dalam segala hal. Beruntunglah mereka yang sentiasa mengaitkan kehidupannya dengan dunia yang kekal abadi. Manusia yang selalu lupa akan hakikat ini seringkali akan menyangka semua kejayaan yang dimiliki akan kekal... padahal mereka masih lagi di dunia... sedangkan dunia itu pula bersifat fana (hancur).

Kejayaan bukan hanya dalam pelajaran
Ternyata, tidak semestinya mereka yang berjaya memperoleh markah yang tinggi dianggap berjaya. Tidak semestinya mereka yang sememangnya genius akan sentiasa mendapat tempat dalam pelajaran. Tetapi mereka yang berjaya adalah seorang yang sentiasa mampu bertahan (survive) dengan persikitaran mereka. Mempunyai prinsip hidup yang tetap dan benar. Mampu menongkah arus yang kadangkala menyongsang arah perjuangan.
Maka, tiada istilah putus asa untuk mereka yang tidak hebat dalam pelajaran... Tiada kata malas untuk mereka yang agak lambat dalam menuntut ilmu. Tiada kata rendah hati untuk mereka yang sering ketinggalan. Kerana di hadapan mereka terbentang luas pelbagai jenis kejayaan. Yang menjadikan mereka pelbagai manusia yang berjaya dalam bidangnya.
Percayalah, rahmat Allah itu luas dan Allah sesekali tidak suka orang yang berputus asa. Walaupun kadangkala hambaNya itu melampaui batas.
Firman Allah yang bermaksud:-

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Az-Azumar : Ayat 53)

2 comment:

pinky said...

mcm mn nak follow awk??

Unknown said...

follow jerr..ok x perr sy da follow awk..:)

Post a Comment

Sexy Red Lips

Technology


Flickr Images