Monday 23 December 2013

❤ IMPIAN AKU ❤

kredit to my younger brother.. terbuka diary nya kat laptop..so,i think this story very2 menyentuh hatiku..:-)




Assalammualaikum Warahmatullahhirobarokatuh…

            Di sini aku ingin meluahkan perasaan aku yang terpendam dengan penuh dugaan yang aku hadapi selama ini.,

            Pada mulanya, Aku hanya menyusahkan orang tuaku selama ini dia yang menghantarku kemana-mana saja.. Sejak di sekolah tadika dan sampailah sekolah menengah sehingga aku merentasi ke jalan seterusnya lagi.. Tapi di saat itu aku sudah masuk kolej  kerana orang tuaku yang bersusah payah masukkan aku ke tempat belajar itu.. Selepas itu, aku belajar dan terus belajar. Dan sampai masa tu aku banyak bermain dengan kawan-kawanku dan kurang berfikir tentang pelajaran.. Oleh itu, bila dekat nak final exam aku kurang masa nak belajar dan selepas exam aku mendapat di gred yang bawah dan dapat markah rendah..
           Dan selepas beberapa bulan aku belajar dekat situ tibalah final exam lagi., oleh  itu, aku berusaha untuk menjawab kertas soalan itu hingga habis exam.. Tapi bila result sudah sampai aku gagal lagi, hanya itu saja yang aku mampu buat.. Aku hanya jadi pemalas.. Tiba-tiba pihak kolej memanggil aku dan kawanku yang gagal dalam peperiksaan itu.. Aku sungguh sedih setelah mendengar kata- kata yang paling aku tidak diingini  yang aku ni kena buang dari situ, tapi surat masih belum sampai lagi yang aku ini kena buang atau tidak.,sudah beribu-ribu aku menghabiskan duit mak ayah aku untuk belajar dekat sini..  sampai macam tu sekali, Kejam sekali buat aku macam tu..macam aku ni dihina,hina sangat ke aku ni sampai terajang aku keluar dari situ.. Aku  tahu itu bukan tempat yang sesuai untuk aku belajar..
            Aku hanya manusia biasa yang tak lepas melakukan kesilapan.. Tiba saat itu  aku dalam kesedihan dan memberitahu dekat mak ayahku yang aku ni kena buang dari kolej.. Aku berasa sedih dan kecewa sangat-sangat yang aku ni kena  buang.. Tapi aku rindukan kawan-kawan  aku dekat sana, mereka juga tak mahu melepaskan aku pergi dari situ, sudah setahun setengah aku tinggal di sana..  Dah banyak kali aku berusaha, tapi apakan daya aku tidak mampu juga.. Dan aku terus meningalkan tempat itu, dan ingin sambung belajar di tempat lain  pula yang lebih bagus dari tempat itu.. Setelah sekian lamaku ingin mencapaikan impian selama ini, namun aku tiada harapan lagi untuk meneruskannya..
             Selepas  aku keluar dari tempat itu, harapan aku untuk meneruskan pelajaran aku telah datang pada diri aku kembali.. Aku sudah mula berhijrah di kolej  baru iaitu Ranaco education Training  & institute (RETI). Ini semua berkat doa yang aku inginkan selama ini. Aku telah mendapat kos Diploma  in Marine Cargo Surveying. Oleh itu,aku juga telah dapat kawan baru dan semuanya sporting-sporting belaka.   .
              Tapi aku masih berusaha untuk Berjaya walaupun banyak dugaan yang aku tempuhi selama ini  dan aku mahu semua orang gembira termasuk mak & ayah aku dan juga aku berjanji aku akan belajar dengan bersungguh-sungguh.. Dan selepas itu, Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi.. Dan kalau ada peluang aku ingin mendapatkan hadiah yang  paling berharga.. Dan juga akanku berdoa,  kerana ALLAH sentiasa mendengar…
             Bab kata pepatah  “Susah daluhu, senang kemudian  dan  “If you think you cant,you cant do it!”
PEACE YOOO!!!
Pepatah Mengatakan:“Akal itu umpama air,Jangan biar ia kering” …“Impian itu umpama debu,Jangan biar ia hilang”…


So 2 my adeq: I hope u’ll get what you want in ur life n all de best 4 ur future!:-)










Sexy Red Lips

Technology


Flickr Images