Saturday 20 October 2012

Terharu juga baca cerita ini..... Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan? Ayah: Hmmm....nak tanya apa? Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking. Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya. Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi. Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya. Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah? Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya..

~C.I.N.T.A~


Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita dicintai seadanya...
cinta ada ketawa dan airmata .. tak selamanya cinta itu bahagia .. dan tak selamanya juga cinta itu derita . hidup kita hanya sementara , tiada apa yang kekal untuk selamanya .
Cintailah dia dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan & keikhlasan. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH.
Sabarlah.. Ada cinta untuk kita di hadapan sana nanti.. Insyaallah
Jangan di desak, jangan di tunggu. Cuma jangan cairkan perasaan cinta hari ini dengan cara yang salah. Ia harus di angkat dengan perasaan yang indah...

Friday 5 October 2012

♥ ISTIKHARAHKU MEMBISIKKAN SESUATU. ♥
Menyerahkn cnta sbg amanah.
Krn memahami tuntutan fitrah.
Hiasilh ia dgn hasanah.
Agar bertambah cinta kpd jannah.
by FATIMAH SYARHA. ♥
ALASAN-ALASAN UNTUK CLASH CARA STUDENT, BEGINI LAA... ;P

Student Kimia : Saya banyak terdedah dgn bahan kimia, saya takut tak dpt beri zuriat. Kita berpisah eh? " 

Student Fizik : "Saya belajar pasal fizik kuantum yg tak nampak, jadi saya tak nampak awak dlm diri saya. Kita clash"


Student Matematik : "Saya dah buat kira-kira guna limit function, mmg sampai sini saja limit perhubungan kita"

Student Biologi : Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dgn awak lagi"

Student Pergigian : "Saya tahu yg cinta awak palsu sepalsu gigi palsu! Nyenyenye."

Student Perundangan : "Talk to the hand, see you in court!"

Student Sains Politik : "Awak dah tahu saya ni Pro-M, yang awak undi Pro-Aspirasi pasal apa? Kita break!!" LOL

Student Seni : "Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf"

Student Pengajian Islam : "saya solat istikharah malam tadi dan sorry, awak tak ada dalam petunjuk masa depan saya".
* copy paste :) ~~
:: HATI SEORANG WANITA ::

【ツ】Dalam derita ada BAHAGIA.. 
【ツ】Dalam gembira mungkin TERSELIT DUKA.. 
【ツ】Tiada siapa tahu..

【ツ】Tiada siapa pinta..
【ツ】Bibir mudah mengungkapkan SABAR..
【ツ】Tapi hatilah yang remuk menderita..

P/s : Allah memberikan wanita AIR MATA untuk membasuh luka di hatinya dan memberi KEKUATAN BARU kepadanya untuk menempuh dugaan mendatang..♥♥
Jangan Sesekali kamu
Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil
berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...
Sexy Red Lips

Technology


Flickr Images