Monday 9 March 2015

❤ OTAK BLURR TAK TAW NAK TULIS APA ❤



Salam Sejahtera,
Ada blog pon otak aku blurr jugak tak tahu nak tulis apa kat blog ni. Sebagai blogger memang tidak di nafikan kita akan mengalami masalah tiada idea menulis atau juga dikenali sebagai mental block.
Memang agak merunsingkan bila blog tidak di update. Dalam otak sentiasa terfikir ‘aku nak tulis apa hari ini’. Jadi oleh kerana dah memang aku takde idea aku jadikan masalah aku ni sebagai idea menulis.
Awal2 buat blog memang aku terasa banyak benda yang nak di update, kisah hidup aku,persahabatan aku and everything about my life. Namun aku masih lagi kekeringan idea. Adakah aku benar-benar tiada idea atau kerana apa ? Sebenarnya aku ada menulis beberapa entri dalam blog ini tapi 40% je siap kalau tak silap..tapi ntah sampai ke tidak 40% tu..haha...Aku sebenarnya bukannya minat sangat nak menulis and menaip ni..tapi tangan ni gatal..tengok orang buat blog "macam canteqq jerr,macam comel jerrr" ,aku pon nak buat jugak..hehe..Ntah hape2 la aku ni..Bila fikir balik rugikan,, dah ada blog tapi tak activ sangat..Aku selalu jugak usha blogger2 femes and x femes..dorang selalu jer update entry..Blog aku jer berhabuk,bersarang..itu sebab aku ni "PEMALAS" nak menulis..

Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti yang aku alami ? Jadikan masalah ini satu entri dan terus publish. Jadi selesai masalah tiada idea penulisan. Simplekan.
Sebenarnya aku dah lama ada perasaan sebegini setiap kali aku buat entri. Aku cuba lawan perasaan sebegini. Jika di layan memang tidak di publishlah entri ini. Bagaimana nak jadi blogger jika tidak update blog kan..Tapi blog aku ni memang tak ramai pon follower..Lantak lah kann..aku bukan giler glamour..buat blog pon saje nak suka2..ibarat macam diary online gitu..tak kesah la kan aku nak update ke x..nak biarkan bersarang or tak..dah blog aku..suka hati aku lah kann..haha
Oleh kerana aku sayangkan blog ni. Aku cuba juga bangkit untuk menulis di sini. Maknanya aku suka buat blog tapi tak berapa minat nak menulis..Paham ke tidokkk?haha
Ok lah malas dah nak menaip..aku kan dah cakap awal2 lagi aku memang takdak idea nak tulis apa..ni pon aku rasa macam ulang ayat sama jer..LOL betul..kahkahkah:-)

Kesimpulan

Bila di nilai balik, sebenarnya kita mempunyai banyak idea yang hendak diketengahkan. Cuma kita takut orang tidak menerima idea kita. Atau kita takut nak keluarkan idea kita. Dan untuk melawan perasaan takut memberi idea perlu sedikit keberanian.
Ya kita perlu berani, berjaya atau tidak itu bukan ukuran yang penting bagaimana kita hendak bermula. Kerana kegagalan kita adalah kebanyakkannya disebabkan kita tidak bermula, tidak berani dan tidak berani mengambil risiko. Akhir sekali ‘superwoman pun ambil risiko, kitakan blogger je’. (blogger tak activ)..haha
Anda memang hebat kerana berjaya membaca entri ni sampai habis. Silakan komen kalau ada yang membaca..see ya! Bubye..Jumpa lagi tahun depan..kalau rajin update,aku update lagi ya..hahahaha..(gilo btul) :P

:::si pemilik ayat,maaf ya kalau aku copy ang punya ayat,aku memang kering idea:::




❤ THAT'S WE CALLED FRIENDSHIP ❤

Kadang-kadang sahabat yang suka belanja kita makan,bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit...

Kadang-kadang sahabat yang rajin bekerja,bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab...

Kadang-kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan,bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka...

Kadang-kadang yang sukarela membantu kita,bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka melihat kita sebagai seorang sahabat...

Kadang-kadang sahabat yang selalu SMS dan WHATSAPP anda,bukan kerana mereka takde benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA...

Suatu hari,kita semua akan terpisah,kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada...Hari berganti hari,bulan,tahun,hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya, "Siapa mereka semua itu?" ...

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu,lalu berkata, "DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA"...

#THROWBACK GAMBAQ PICNIC ULU BENDUL,KUALA PILAH,NEGERI SEMBILAN
#WILL MISS THIS MOMENT













Sexy Red Lips

Technology


Flickr Images