Friday, 17 January 2014

❤ UOLLS THE BEST ❤



Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah..
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

p/s : jazakillah kathiro bcoz you still standing beside me for the past, now and present. . terima kasih banyak2. . 





❤ BEST MEMORIES ❤

One thing before tidur nk throwback our best moments at Sungai Tekala,Selangor with our lovely daddy #lecturer#..terpaksa panjat tangga yg tinggi..rasa nak mampoihh sangat2 dah time tu..tapi tetap semangat nak sampai ke puncak! uolls memang the best! Rugi x mandi ari tu..menyesal sensangat..but its okay,next time ada lagi..:-)















❤ BEBELAN BEFORE TIDO ❤

dear all,
i am writing this especially for me, myself and I.... aku jenis orang yang suka tengok hidup lepas2.. hidup aku lah, hidup orang lain aku tak campur. So, let's throw back hard.

now, aku 22 tahun... umur yang kononnya sesuai untuk bertunang berkahwin bla bla bla... tapi tuhan denda sebab nakal sangat. jadi Dia tak tunaikan impian aku. Sebab aku tak tunaikan apa yang patut. kan kan kan..

penat hari2 di universiti tuhan sahaja yang tahu. aku belajar dan masih belajar. I took blogging as one of the medium to escape from reality. aku orang yang suka syok sendiri menulis. so yes. talk bad things about me, i'll write bad things about you. win-win.

dunia sekarang.
aku lihat semua orang saling mengejar. dunia sudah terlalu jahat. berbunuh2. berperang2. kenapa tidak penuh cinta?

kerana cinta yang kita pegang adalah cinta kerana cinta. sayang kerana sayang.
cinta kerana kita yang suka.
cinta wang.
cinta barang.
cinta orang,

mana boleh senang. kerana kita yang kejar. dan benda yang dikejar msetilah di hadapan. kerana itu namanya dikejar. dan menjadi manusia biasa yang tidak tahu bersyukur, kita akan selalu mengejar benda di depan mata.nikmat berborak hebat adalah bila kita bercerita benda yang kita susah dapat.

orang takkan ternganga kalau kita cerita kita beli nasi.
orang takkan terpana kalau kita cerita kita beli kerusi,
tapi kalau lamborghini?
*tulis ayat sendiri*

cinta kerana dicintai adalah yang sebaiknya. cinta yang tak perlu dikejar. cinta yang datang dengan comot wajahnya. sedia dimaki hamun. "aku ini cuma yang kau lihat. begini sahaja".

terlalu banyak benda dalam dunia ini yang indah dan mampu mengindahkan. namun di setiap masa kita tidak perasankan sehingga ia hilang.

aku jenis manusia tamak yang jiwanya selalu gemar benda yang susah dapat. yang selalu lupa gunanya kaki sehingga lumpuh.

manusia seperti aku perlu bersyukur apa yang ada. bukan berkeras mengejar apa yang disuka. dah sehingga manusia seperti aku ini tidak berhenti mencari, jangan berhenti memati.

all u need is love. beetles pernah cakap.

hidup aku yang sekarang tak sempat nak rasa bosan pun. but i've met a lot of great people here. :) but i don't feel like they are 'real' friend. there is so much studying to do. :(

just so u know, as I grow up, I always give up.What have I ever need to do in my life that really needed to be done. i always had a choice and I always took the easy way out.
student life. not much to report really. it is tough, but then I don't need to tell you that. hahahaha

*aku tulis entry ni sambil praktis untuk muet.*

one more thing... aku tak tahu mana kau kenal aku, tahu tentang aku. apa yang aku tahu, we met every person in life for a reason, for better or worst. ada yang tetap tinggal, ada yang singgah, ada yang putuskan untuk setia selamanya. bila aku tengok most entries, aku rasa bodohnya bila sedih n galau n lain2 tulis diari on a web. but for good, kadang2 disebabkan kebodohan lampau kita, kita jumpa orang-orang yang bermakna untuk kita hidup selamanya. bila bosan, kita baca balik sambil senyum nangis sorang2 teringat hal dulu. so it's not like there is no more aku yang mencarut, yang expressive. kalau nak aku carut, depan muka aku bagi ikhlas. its just like. its good to see me, the old me, growing up by sharing my deepest thoughts, scariest moments and fear with everyone. as for now, aku anggap semua adalah hikmah yang dah disusun cantik dan cuma tunggu masa. everyday is a learning phase. people changed.feelings changed. kita cakap pasa hidup. pasal syurga neraka. pasal dosa pahala. pasal penyesalan dan hikmah segala benda. kita nampak leka, tapi kita struggle nak cuba peka. as the time flies, aku tetap percaya semua ada hikmah. kenapa aku masih dekat sini. menulis ini.

satu lagi jenis aku... suka benci orang yang menyakitkan aku. sebab bila aku benci. aku automatik lupa dia. dan kepala otak aku takkan diserabutkan oleh benda2 yang menyakitkan. aku suka happy 27 jam. atas sebab apa pun, kalau kau menyakitkan aku. kau akan aku benci. aku lupakan. sayonara. asta la vista bebeh.

ok. jadi. jangan. sakitkan. saya.

anyway, i'm going to sleep now.

so bye2.


❤ THIS IS ME ❤

"Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.
Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana."

--------------------------------------------------------

Dan, akulah salah seorang daripada Muslimah itu..
 


Sexy Red Lips

Technology


Flickr Images