Wednesday, 18 February 2015

❤ ENGKAU SAHABATKU ❤

ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” 
(QS 59:10)



Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai – nilainya pudar dibawa arus masa. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa…bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian.
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.https://i0.wp.com/us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/tsmileys2/40.gif











./////.
('._.')   KAWANKU
>")("<  YANG DINGATI
,,(")("),,


Setiap hari kumohon agar tiada benci antara  kita,Tiada sengketa antara kita. .. .moga-moga ukhwah kita diberkati oleh ALLAH dan mudah-mudahan ia akan berkekalan. . .


Tuesday, 17 February 2015

❤Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat - Semoga damai mu di sana ❤

Assalamualaikum..

Terasa masih sebak sejak mendengar berita pemergian seorang tokoh besar agama dan politik negara kita, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat..





Seakan-akan sukar untuk percaya. Tapi setelah membaca berita dari media arus perdana dan FB anakanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, ialah hakikat yang terpaksa kita terima..
Kembalinya seorang tokoh sanjungan semua menghadap Ilahi..




Walaupun tak pernah bersua muka, tapi ketokohan beliau sentiasa memberi aspirasi kepada saya. Kerendahan hati beliau sungguh sentiasa menyedarkan hakikat bahawa siapa pun kita ini di mata manusia, tapi kita tetap hanya seorang hamba..

Kembalinya beliau dijemput PenciptaNya pada malam Jumaat penuh berkah.. Dikunjungi lautan manusia dari pelbagai kaum dan agama.. pelbagai pegangan politik, sahabat dan lawan..
Bukti mulianya peribadinya..






Perginya ditangisi setiap jiwa, in syaa Allah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akan berada dalam kalangan solihin.. 

Tenanglah damailah engkau di sana...





Sungguh hebat Almarhum Tok Guru. Moga syurga buat mu. Tok Guru yang tiada pengganti. Al-fatihah untuk tok guru. Engkaulah ayah, guru, ulama dan pemimpin. Rakyat amat menyayangimu tetapi Allah swt lebih menyayangimu. Sunggu besar pengorbanan dan perjuanganmu. Semoga damai mu di sana.




❤ Humanitarian Mission at Cambodia ❤

<<NOTA KEMBARA>>
" Janganlah engkau berjalan dimuka bumi dengan sombong,sesungguhnya engkau tak dapat menembus bumi dan tak akan sampai engkau setinggi gunung ". Al-Israak 17:37


~KENANGAN MANIS KAU DAN AKU~


Setelah bertungkus-lumus selama berbulan-bulan akhirnya alhamdulillah sampai juga kami ke Cambodia untuk Misi Kemanusiaan at Kampung Ch'nang. Disini bermulanya ceritaku..Jeng..Jeng..Jeng..

" Tersentuh hati yang amat..Kat sana aku bpeluang tengok masyarakat Islam yang hidup serba kekurangan .. Mereka tidak ditindas tapi tidak diberi hak keistimewaan mcm agama lain.. Tengok hidup di0rang dlm serba kekurangan, amat2 lah menyentuh perasaan aku yg tak berapa kental ni. Sedih bila mereka meminta-minta, anak-anak kecil berkeliaran juga meminta-minta,tak pakai selipar,pakaian yang tak terurus. Terfikir aku sejenak kalau di Malaysia, rakyat kita ada jaminan hidup..bantuan sentiasa peroleh walau sejauh mana pon hidup susah tapi...kalau kat sini mereka cuma mengharapkan bantuan dari negara luar yang banyak melakukan misi kemanusiaan ke sana..bukan setiap bulan, bahkan 1 tahun sekali pon belum tentu hidup mereka terjamin, belum tentu bantuan sampai ke tangan mereka.Da'if yang amat..itu yang kami semua rasakan..apa ini takdir hidup mereka? Moga Allah mengasihi mereka semua..Aminnn "..

Disini aku kongsikan gambar2 kenangan kami semua time kt kemboja itu hari..kenangan yang tak akan aku lupa sampai bila2..masyarakat kat sana semuanya peramah..mereka suka sangat bila kita datang bagi bantuan..tapii yang jadi masalah aku tak paham apa dorang cakap..hehehehe..so kami terpaksa pkai translator..itu pon translator x ckup orang..tapi xpe,dengan semangat dan jiwa kental yang kami ada, cuba jugak lah berkomunikasi dgn dorang walaupon dalam bahasa isyarat.."aku dah macam org bisu dah" hahahaha..








Sebelum berangkat/ sebelum naik flight KLIA 2..


Misi menggoreng keropok untuk masyarakat kg. Ch'nang..


Misi packing barang di rumah kami menginap..
"rumah pak imam"


Orang kuat Misi Kemanusiaan bersama kami..
Kak Ct and Abang Faros..




Misi packing barang-barang..


Wayang pacak bersama masyarakat kemboja..


Kesian anak-anak ni..tengok kami packing makanan..






Melawat kampung terapung..bez naik mende alah ni..
huhu




IM Najdi follow kitorg untuk menjayakan misi ini..


Dr. Sumiran banyak bantu utk rawat  pnduduk kampung..






Agihan bantuan kepada masyarakat miskin..





Bersama geng2 medical camp..

















Bersama  Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam Kemboja,
 Dr Sos Mousine..


Agihan pam air..




Sesi berkhatan..^_^


Sukaneka bersama anak-anak kemboja..








Geng medical camp..







Naik perahu untuk kerumah anak yatim..


Di tengah2 tu Dr Azlan..guru pengiring kami..
Sangatlah sporting ^_^


Bergambar bersama tourist guide di Cheung Ek Killing Field..




















Anak kemboja.....

Adam....driver bas kami sepanjang misi di jalankan..
We all miss u adam........


Phon...tourist guide kami sepanjang misi..omelllll angattt..haha


Alahai...kesiannyaaa...


First time aku naik mende rare giler ni.."khojun" namanya..









Tengs to Dr Azlan dari kiri berbaju biru, Kak Ct bos kami yang 
guide kami sebelum,semasa misi di jalankan, di tengah2 nurse,
Kak Yani banyak bantu semasa medical camp, IM Najdi,
Dr.Pathman,dan lastly Dr.sumiran..Uolls sporting giler..
rindu time ni..


Hari terakhir sebelum berangkat pulang ke Malaysia..
Lapangan terbang Phnom Penh..
Bye bye abang faros kat belakang...
Sedih ngat time ni..



 Alhamdulillah.. Misi berjaya..Time ni baru je selamat landing 
kt Malaysia..





Satu kenangan yang diukir dalam ingatanku — berjaya melihat keadaan bumi Kemboja dan  mendapat  pengalaman yang berharga di tempat orang... Sungguh aku gembira dengan perjalanan pada kali ini dan melihat sendiri keadaan masyarakat Islam Kemboja.. Perkara yang paling aku akan ingat sampai mati..

#ISLAMIC SCIENCE UNIVERSITY OF MALAYSIA#





Sexy Red Lips

Technology


Flickr Images