Tuesday, 23 July 2013
Sekiranya diriku ini hina pada mata makhluk,
Tiada mengapa,
Kerna aku tiada inginkan kehinaan disisiNya,
Sekiranya wajahku ini buruk pada mata makhluk,
Tiada mengapa,
Kerna ku simpankan seri wajahku untuk yang Satu,
Sekiranya aku dipandang miskin oleh makhluk,
Tiada mengapa,
Kerna kekayaaanku bukannya wang,tetapi amalan ku
kepadaNya,
Sekiranya aku dipandang serong oleh makhluk,
Tiada mengapa,
Kerna ku hanya ingin dipandang mulia dari sisiNya,
Sekiranya aku dianggap gila oleh makhluk,
Ya,memang aku gila,
Tetapi gilaku adalah bagi mencariNya,
Dan sekiranya aku dianggap sesat oleh makhluk,
Ya,aku sesat,
Tetapi sesat ku tiadalah nyata,
Sesat ku hanya sementara,
sesat ku hanyalah dugaan,
Untukku lebih beriman,
Agar layakku bergelar insan,
Dan layak bergelar kekasih Tuhan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comment:
Post a Comment