Tuesday 17 February 2015

❤Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat - Semoga damai mu di sana ❤

Assalamualaikum..

Terasa masih sebak sejak mendengar berita pemergian seorang tokoh besar agama dan politik negara kita, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat..





Seakan-akan sukar untuk percaya. Tapi setelah membaca berita dari media arus perdana dan FB anakanda Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, ialah hakikat yang terpaksa kita terima..
Kembalinya seorang tokoh sanjungan semua menghadap Ilahi..




Walaupun tak pernah bersua muka, tapi ketokohan beliau sentiasa memberi aspirasi kepada saya. Kerendahan hati beliau sungguh sentiasa menyedarkan hakikat bahawa siapa pun kita ini di mata manusia, tapi kita tetap hanya seorang hamba..

Kembalinya beliau dijemput PenciptaNya pada malam Jumaat penuh berkah.. Dikunjungi lautan manusia dari pelbagai kaum dan agama.. pelbagai pegangan politik, sahabat dan lawan..
Bukti mulianya peribadinya..






Perginya ditangisi setiap jiwa, in syaa Allah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat akan berada dalam kalangan solihin.. 

Tenanglah damailah engkau di sana...





Sungguh hebat Almarhum Tok Guru. Moga syurga buat mu. Tok Guru yang tiada pengganti. Al-fatihah untuk tok guru. Engkaulah ayah, guru, ulama dan pemimpin. Rakyat amat menyayangimu tetapi Allah swt lebih menyayangimu. Sunggu besar pengorbanan dan perjuanganmu. Semoga damai mu di sana.




0 comment:

Post a Comment

Sexy Red Lips

Technology


Flickr Images